Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata demikian dalam siri beberapa twit di Twitter hari ini.
Justeru, beliau meminta Dr Mahathir supaya bertanggungjawab.
“Mahathir harus tampil ke hadapan dan menjawab sebab Proton berada dalam masalah kewangan yang serius sedangkan berbilion Ringgit milik rakyat telah dilaburkan ke dalam syarikat itu,” tulisnya.
Sejumlah RM13.9 bilion telah disalurkan kepada Proton sejak 1983.
“‘Cerita seram’ tentang campur tangan langsung dan gaya kepimpinan diktator Pengerusi bukan Eksekutif dalam Proton mula diperkatakan secara berperingkat. Mengejutkan!,” tulisnya lagi.
Pada 31 Mac lepas, Dr Mahathir mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai pengerusi Proton dan Pengerusi Group Lotus plc, anak syarikat milik penuh Proton.
Dr Mahathir juga telah melepaskan jawatannya sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas, berkuat kuasa 30 Mac 2016.
Pada Jumaat, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan beberapa terma untuk Proton bagi menerima bantuan kewangan daripada kerajaan.
Antara syarat-syarat yang ditetapkan adalah; Proton mesti diuruskan secara profesional, tiada campur tangan dalam perniagaan dan langkah-langkah yang sukar tetapi perlu digunakan demi kemampanan jangka panjang.
Link: twitter