Jangan terlalu mudah guna Akta Hasutan – Nik Abduh

Jangan terlalu mudah guna Akta Hasutan – Nik Abduh

Walaupun PAS tidak menyokong Deklarasi Rakyat, tetapi ia tidak bermakna ruang untuk mengkritik kerajaan harus di tutup.

mahathir

KUALA LUMPUR:
Akta Hasutan tidak sepatutnya digunakan sewenang-wenangnya untuk menyekat individu seperti Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, pemerintah wajar beri kebebasan kepada rakyat yang cuba menyuarakan isu yang berkepentingan, walaupun rakyat itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kami pihak pembangkang sejak dahulu lagi tidak berpuas hati dengan akta ini, malah, ramai juga rakyat mempertikaikannya.

“Walaupun PAS tidak menyokong Deklarasi Rakyat yang dipimpininya (Dr Mahathir), ia tidak bermakna kami menyokong ruang untuk mengkritik kerajaan itu ditutup,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz ketika ditemui di ruang legar Parlimen, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menyatakan polis akan mengambil tindakan ke atas bekas Perdana Menteri itu sekiranya kenyataan-kenyataannya yang dikeluarkan pada himpunan Kongres Rakyat di Shah Alam, Ahad lepas, dianggap menghasut atau di luar batas Perlembagaan.

Katanya, walaupun negara mengamalkan kebebasan bersuara dan berhimpun, namun, jika didapati perhimpunan yang diadakan berniat menimbulkan huru-hara maka, polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.