UMNO Kelantan sokong Muhyiddin, Mukhriz dipecat

UMNO Kelantan sokong Muhyiddin, Mukhriz dipecat

Pendirian itu dinyatakan menerusi Deklarasi Kelantan yang dibacakan di satu perhimpunan di Kota Bharu 19 Mac lalu.

Datuk-Seri-Mustapa-Mohamed

KUALA LUMPUR:
UMNO Kelantan menyokong mana-mana pihak yang melanggar perlembagaan parti dipecat termasuklah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahahir.

Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pendirian itu terkandung dalam Deklarasi Kelantan yang ditandatangani ketua-ketua UMNO bahagian negeri itu, di satu himpunan di Kota Bharu 19 Mac lepas.

Tengku Razaleigh Hamzah meletakkan tandatangannya pada deklarasi itu pada 24 Mac lalu di hadapan Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kami sudah menyatakan dalam Deklarasi Kelantan bahawa mana individu yang menyokong pendirian itu (gerakan jatuhkan Perdana Menteri), maka kita sependapat mereka perlu dipecat daripada parti.

“Itu memang deklarasi bertulis (bila ditanya sama ada UMNO Kelantan akan buang keahlian Muhyiddin dan Mukhriz),” katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen hari ini.

Deklarasi itu menyaksikan tiga heavyweight UMNO Kelantan iaitu Tengku Razaleigh, Tan Sri Annuar Musa dan Mustapa sendiri bersama menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Najib.

Nama Tengku Razaleigh sebelum ini disebut antara individu yang menandatangani Deklarasi Rakyat – permuafakatan antara pemberontak UMNO dan pemimpin-pemimpin parti pembangkang bagi mendesak Najib meletak jawatan.

Pemimpin pemberontak UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan sebagai berkata Tengku Razaleigh dalang kepada kempen menjatuhkan Najib.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.