Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Hazrat bagaimanpun mengalami cedera parah pada belakang bahu kanan akibat tiga das tembakan.
Menurut laporan sebuah portal, Hazrat ditembak dua lelaki yang menaiki sebuah pikap pada pukul 8.45 malam sewaktu dia sedang memandu kereta jenis Mercedes Benz sebelum kenderaannya dihalang dan kemudian dilepaskan tembakan.
Bagaimanapun, ketika insiden itu, majikan Hazrat menaiki kereta lain yang mengekori keretanya.
Dilaporkan juga mangsa dalam perjalanan menuju ke terminal KLIA2 dan suspek melepaskan tembakan dari arah hadapan dan cermin sisi sebelah penumpang hadapan.
Siasatan awal polis membawa kepada penemuan lebih 10 butir kelongsong peluru yang digunakan suspek.
Mangsa kini berada di Hospital Putrajaya untukk rawatan lanjut.
