Sinchew Daily melaporkan, ADUN DAP itu berkata, walaupun Guan Eng tidak bersalah dari segi undang-undang jika pembeli telah bersetuju dengan harga jualan rumah, tetapi ia akan mewujudkan pertikaian dari segi moral.
Menurutnya, kedudukan Guan Eng sebagai ketua menteri dalam isu itu turut mewujudkan persoalan dalam kalangan pengamal media.
“Jika hal ini berlaku kepada saya, saya tidak akan menerima (tawaran jualan).
“Hal ini bagaimanapun tidak membabitkan soal betul atau salah, ia bergantung kepada pendirian dan pegangan perseorangan,” katanya.
Kok Fooi berkata, beliau kadang-kala akan terserempak dengan penyokong dan penjaja yang menawarkan makanan percuma.
Beliau bagaimanapun tetap akan membayar selepas mengucapkan terima kasih kepada penjaja berkenaan.
