Sarawak ada hak mutlak halang Mat Sabu, kata Nur Jazlan

Sarawak ada hak mutlak halang Mat Sabu, kata Nur Jazlan

Sarawak juga tidak perlu memaklumkan kepada KDN jika kerajaan negeri menghalang mana-mana individu memasuki negeri tersebut.

Nur-Jazlan_mat-sabu_600

KUALA LUMPUR:
Tiada mana-mana pihak boleh persoalkan tindakan kerajaan Sarawak menghalang kemasukan Mohamad Sabu atau Mat Sabu kerana ia kuasa mutlak negeri berkenaan, kata Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata, kerajaan Sarawak juga tidak perlu memaklumkan tindakan menghalang mana-mana individu daripada memasuki negeri itu kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Itu hak kerajaan negeri. Kerajaan negeri Sarawak berhak untuk buat keputusan benarkan sesiapa masuk atau usir sesiapa dari Sarawak.

“Tak payah maklumkan KDN itu hak mereka… Jika Mat Sabu tidak diberi masuk maka tidak bolehlah,” katanya di ruang legar Parlimen, hari ini.

Mat Sabu ditahan Imigresen sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Sibu dan diarahkan pulang semula menaiki pesawat yang sama.

Arahan tidak membenarkan Mat Sabu memasuki Sarawak dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri Sarawak.

Pemimpin pembangkang mengecam tindakan kerajaan Sarawak itu dan mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem tidak berbeza dengan pemimpin sebelumnya.

Mereka juga mendakwa halangan Mat Sabu memasuki Sarawak adalah tindakan terdesak menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.