CAP dakwa unsur plumbum tinggi pada cat di pasaran

CAP dakwa unsur plumbum tinggi pada cat di pasaran

Dalam ujian terbaharu yang dijalankan oleh CAP mendapati lebih 60% sampel cat yang diuji mengandungi plumbum pada paras yang tinggi.

Mohamed-Idris_paint_600_3

PETALING JAYA :
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa supaya menyingkirkan unsur plumbum dalam cat yang dijual di pasaran negara ini.

Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata ujian terbaharu yang dijalankan oleh pihaknya mendapati lebih 60% sampel cat yang diuji mengandundi plumbum pada paras yang tinggi.

Beliau berkata, pihaknya dan International POPS Elimintaion Network (IPEN) menjalankan ujian terhadap 39 tin cat dekorasi enamel berasaskan pelarut dan cat-cat itu terdiri daripada 18 jenama berbeza yang dihasilkan oleh 17 pengeluar.

Menurutnya, berdasarkan ujian terhadap 39 tin cat dekorasi enamel berasaskan pelarut mendapati, 16 daripada cat itu mengandungi plumbum melebihi 600 bps.

Katanya, 12 belas sampel pada cat terbabit dikesan mengandungi plumbum pada kadar tinggi dan berbahaya melebihi 10,000 bps

“Kadar plumbum tertinggi yang dikesan ialah 150,000. 11 daripada 18 jenama menjual sekurang-kurangnya satu jenis cat yang mengandungi kadar plumbum melebihi 10,000 bps. Ini termasuk jenama cat daripada syarikat-syarikat multinasional.

“Cat kuning didapati paling beracun di mana 12 daripada 19 sampel cat tersebut mengandungi kadar plumbum melebihi 10,000 bps. Kajian ini turut termasuk 12 sampel cat merah dan lapan cat putih,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

SM Mohamed menambah, kajian yang dibuat oleh pihaknya juga mendapati sesetengah syarikat memalsukan produk mereka di dalam iklan dengan mendakwa ia ‘bebas plumbum’ atau ‘tidak mengandungi plumbum tambahan’.

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa kerajaan agar meningkatkan lagi tahap penguatkuasaan untuk mengambil tindakan terhadap pencabulan undang-undang yang mengelirukan pengguna.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.