Beliua berkata, cadangan pindaan itu selaras dengan perkembangan semasa penyebaran maklumat dalam dunia tanpa sempadan.
“Apa-apa cadangan pindaan kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 adalah tertakluk kepada keputusan dasar yang diputuskan oleh pihak eksekutif.
“Dalam hal ini, Jabatan Peguam Negara sudah tiba masanya peruntukan berkenaan hukuman dalam Akta Rahsia Rasmi 1972 dikaji semula.
“Ia selaras dengan perkembangan semasa penyebaran maklumat dalam dunia tanpa sempadan, serta kekerapan berlakunya ketirisan rahsia kerajaan pada masa kini,” katanya.
Azalina berkata demikian dalam satu jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim.
Irmohizam sebelum itu meminta, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan status kajian semula Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 yang bertujuan untuk memastikan kerahsiaan maklumat kerajaan dipelihara serta bilakah ia dijangka akan dibentangkan di Parlimen.
