Kain rentang `Mahathir pengkhianat’ di kesan di Johor

Kain rentang `Mahathir pengkhianat’ di kesan di Johor

Kain rentang itu turut diletakkan imej Tun M bersama pemimpin pembangkang semasa Deklarasi Rakyat Jumaat lepas.

mahathir-pengkianat

PETALING JAYA:
Langkah Tun Dr Mahathir Mohamad yang bekerjasama dengan pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menimbulkan kemarahan rakyat di Johor.

Buktinya, sebuah kain rentang yang dipasang di tepi jalan bertulis `Mahathir Pengkhianat’ ditemui di satu lokasi di negeri berkenaan.

Dalam Imej kain rentang tersebut, Dr Mahathir dilihat berpegangan tangan bersama beberapa pemimpin dari pihak pembangkang dan gambar itu dirakam ketika mereka mengadakan sidang media untuk menandatangani Deklarasi Rakyat pada Jumaat lepas.

Laman portal suara.tv yang berkongsi maklumat itu.

Pada Jumaat, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir adalah antara 50 orang yang menandatangani deklarasi rakyat menyokong penyingkiran Najib yang diketuai oleh Dr Mahathir.

Penandatangan lain termasuk Lim Kit Siang daripada DAP, Menteri Besar Selangor, Datuk Mohamed Azmin Ali dan bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.