
“Saya cadangkan guna konsep sewa dengan kadar yang rendah. Ini lebih adil kerana ianya membolehkan penjawat awam menyelenggara sendiri kuarters dengan menggunakan wang ITP,” katanya.
Beliau diminta mengulas rungutan penjawat awam di sini yang kuarters mereka duduki uzur dan tiada penyelenggaraan dibuat ekoran tiada peruntukan.
Azih berkata cadangan itu wajar dipertimbangkan.
Penjawat awam kini menerima imbuhan ITP antara RM300 hingga RM3,000 bergantung kepada gred jawatan dan lokasi kediaman mereka, tetapi pada kadar 25 peratus bagi yang menduduki kuarters.
– Bernama