Militan Sulu ancaman utama Malaysia, bukan DAESH – Penganalisis

Militan Sulu ancaman utama Malaysia, bukan DAESH – Penganalisis

Mereka boleh beri ancaman itu, tapi ia tidak begitu 'real' kerana kemampuan mereka tak seperti Al-Qaeda.

Maszlee-Malik
KUALA LUMPUR: Kumpulan Militan Sulu merupakan pengancam utama di negara ini berbanding pengganas Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) atau DAESH, kata Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.

Beliau yang menidakkan perkara yang sering disebut oleh pihak keselamatan negara apabila mengaitkan DAESH sebagai ancaman terbesar di Malaysia bagaimanapun tidak menolak bahawa kumpulan itu turut mampu menjadi pengancam.

“Mereka boleh beri ancaman itu, tapi ia tidak begitu ‘real’ kerana kemampuan mereka tak seperti Al-Qaeda. Kalau Al-Qaeda mereka ini dilatih , tapi kalau ISIS bukan mereka tak dilatih namun, ia terhad tidak mampu nak pergi ke situ (kerana hanya terpengaruh dengan maklumat di media sosial).

“Malaysia bukan sasaran utama mereka (ISIS) , memang mereka nak letupkan Asia Tenggara , tapi tidak sasarkan Malaysia , kerana negara kita cuma dianggap sebagai transit,” katanya dalam forum ISIS, Islam dan Ektremisme Global , di Kelab Bangsar Utama, malam tadi.

Mengulas lanjut, Maszlee yang juga seorang penganalisis politik berkata, pihak keselamatan negara seharusnya memberi fokus kepada pengganas di kepuluan Sulu yang diketuai oleh kumpulan Abu Sayyaf disamping turut membuat kawalan terhadap ISIS.

“Bagi pengganas Abu Sayyaf mereka ini sudah diberi ‘baiah’ kepada Isis. Macam cawangan yang diktiraf ISIS.

“Sebab itu geng militan Indonesia ini marah, kerana mereka ini lebih awal kewujudannya. Sebab itu semasa insiden pengeboman di Jakarta , Indonesia ada teori bahawa ia datang daripada pihak dalaman Indonesia ( kumpulan pengganas) yang ingin bersaing untuk tunjuk mereka lebih berpengalaman mengawal perkara ini.

“Yang keduanya mereka nak bajet lebih dari luar ada kemungkinan untuk tunjuk siapa lebih hebat, Indonesia atau Filipina,” katanya sebagai merujuk kepada insiden pengeboman di Jakarta pada 14 Januari lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.