Ahmad Bashah kena ‘boo’ di stadium

Ahmad Bashah kena ‘boo’ di stadium

Kira-kira 17,000 penontom hadir menyaksikan perlawanan Kedah menentang Kelantan di Stadium Darulaman malam tadi.

bashah
PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ‘diboo’ peminat-peminat bola sepak ketika perlawanan Liga Super antara pasukan Kedah menentang Kelantan di Stadium Darulaman, malam tadi.

Rakaman video yang dimuatnaik di mukhrizmahathirfc.com menunjukkan Ahmad Bashah diboo peminat boleh sepak dipercayai penyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum perlawanan bermula.

Teriakan dan jeritan ‘boo’ oleh peminat bola sepak jelas kedengaran pada minit 2.13 hingga 2.31 dalam rakaman itu.

Ini adalah kali pertama Ahmad Bashah hadir menyaksikan perlawanan bola sepak selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 4 Februari lalu.

Menerusi satu lagi rakaman video menunjukkan Ahmad Bashah diboo ketika berada dalam kereta untuk pulang selepas perlawanan selesai.

Kira-kira 17,000 peminat bola sepak kedua-dua pasukan hadir menyaksikan perlawanan itu yang berkesudahan Kedah menewaskan Kelantan 2-1.

https://www.youtube.com/watch?v=t0xqNfBhW2o

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.