1000 jawatan mungkin dilupus dalam penstrukturan baru Petronas

1000 jawatan mungkin dilupus dalam penstrukturan baru Petronas

Petronas berkata, penstrukturan itu untuk menjadikan syarikat "lebih berdaya dan fokus untuk menempuhi keadaan semasa industri mahu pun akan datang."

petronas

PETALING JAYA:
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini mengumumkan mungkin melupuskan 1000 jawatan dalam penstrukturan baru operasinya.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman webnya, Petronas berkata penstrukturan itu bertujuan menjadikan syarikat “lebih berdaya dan fokus untuk menempuhi keadaan semasa industri mahu pun akan datang.”

“Usaha tuntas sedang dijalankan untuk menugasi semula kakitangan yang terkesan. Petronas akan selanjutnya memulakan pemisahan bagi kakitangan terbabit sekiranya perlu.”

Menurut kenyataan lagi, proses itu dijangkai selesai enam bulan akan datang.

Sebelum ini, kerugian keseluruhan Petronas bagi tempoh Oktober-Disember setinggi RM2.96 juta, dikaitkan dengan tindakannya mengurangkan aset ekoran kejatuhan harga petroleum.

Dalam pada itu, Petronas juga mengumumkan barisan baru kepimpinan tertinggi, yang berkuatkuasa 1 April ini.

“Ia menandakan permulaan transformasi kumpulan ke arah menjadikan Petronas lebih berdaya dan fokus untuk menempuhi landskap industri semasa dan akan datang,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.