Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Abdul Hamid berkata pertelingkahan Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga menunjukkan siapa sebenarnya mereka.
“Ia (pertelingkahan Azmin dan Guan Eng) menunjukkan siapa mereka sebenarnya. Lambat laun sikap sebenar mereka terserlah,” katanya kepada Free Malaysia Today (FMT) di sini, hari ini.
Azmin yang juga Timbalan Presiden mempertahankan tindakan dua ADUN itu kerana mereka hanya menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.
ADUN Kebun Bunga Cheah Kah Peng dan ADUN Bukit Tengah Ong Chin Wen mengambil sikap berkecuali daripada mengundi terhadap usul UMNO berhubung isu penambakan di Pulau Pinang dalam sidang DUN, November lalu.
Mengulas mengenai penganjuran persidangan Freemason bermula hari ini hingga 28 Februari di Pulau Pinang, Juhara berkata, beliau tidak membantah penganjuran terbabit
“Jika tidak bertentangan dengan undang-undang… ia ok, teruskan,” katanya.
Jahara berkata, tindakan EXCO Pemuda UMNO, Armand Azha Abu Hanifah yang membantah penganjuran terbabit adalah pendapat peribadinya.
