Tuah gadis miliki wajah seiras Fazura

Tuah gadis miliki wajah seiras Fazura

Nur Syazana Romli menerima tawaran menjadi model dan duta produk kecantikan.

fazura

PETALING JAYA:
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, peribahasa yang sesuai untuk seorang gadis bernama , Nur Syazana Romli yang memiliki wajah seiras pelakon popular tempatan, Fazura.

Gara-gara beberapa fotonya menjadi viral di media sosial, gadis itu dihujani limpahan rezeki apabila ditawarkan menjadi model dan duta produk.

Shazana mula mendapat perhatian selepas Fazura meninggalkan komen mengakui rupa mereka yang seiras malah lebih cantik darinya di laman Instagram milik gadis itu.

Popular sekelip mata tidak menjadikan remaja yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu riak sebaliknya dia bimbang jika dituduh cuba meraih publisiti.

Shazana kini menerima tujuh tawaran kerja oleh pelbagai syarikat yang menawarkannya untuk menjadi duta produk dan model pakaian Muslimah.

“Saya masih mentah dan masih banyak perkara yang perlu difikirkan, terutamanya pelajaran. InsyaALLAH, saya akan sambung belajar dalam bidang perniagaan selepas keputusan SPM tidak lama lagi,” katanya.
Dia kini mempunyai pengikut mencecah 50,000 laman sosial Instagramnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.