
Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) itu berkata, ia merupakan satu keputusan yang tidak selari walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan hukum wanita menjadi hakim adalah harus.
“Kalau Majlis (Fatwa Negeri) kata terima, tuanku pun terima. Tapi kalau Majlis putuskan walaupun Fatwa Kebangsaan kata harus, (tapi) dia tak mahu..kita tak boleh nak buat apa-apa.
“Sebab kuasa tertinggi di situ Majlis Fatwa Negeri,” katanya pada sidang media selepas Majlis Wacana Ketua Pengarah JKSM di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini hari ini.
Ibrahim yang juga Ketua Hakim Syariah berkata sehingga kini terdapat lima negeri yang bersetuju untuk menerima hakim wanita iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perlis, Kelantan, Sabah dan Melaka.
Ibrahim berkata, secara rasionalnya wanita menjadi Hakim Mahkamah Syariah adalah disebabkan mereka boleh menguruskan hal wanita di mahkamah.
“Individu itu sendiri tidak ada peluang kenaikan pangkat. CGPA perempuan juga melebihi lelaki.
“Mereka lebih layak tapi tak diberi peluang (menjadi Hakim Mahkamah Syariah,” katanya.