G25 orang kecewa, pencen baru bersuara

G25 orang kecewa, pencen baru bersuara

Kumpulan terbabit hanya berdiam diri dan tidak berani mengkritik ketika masih berada dalam perkhidmatan kerajaan.

farida-ibrahim-lembut

BANGI :
Kumpulan bekas penjawat awam G25 termasuk jurucakapnya, Datuk Noor Farida Ariffin yang mempertikai hukuman khalwat dilabel sebagai golongan orang yang kecewa.

Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Tan Sri Dr Ibrahim Lembut berkata, ketika berkhidmat dalam perkhidmatan awam, kumpulan terbabit tidak berani untuk mengkritik perkara itu.

“Orang yang kecewa semua macam ini. Dulu masa berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan tak berani cakap benda-benda ni.

“Bila dah pencen dah tidak ada apa-apa semua boleh dia cakap benda itu tak kena semua,” katanya ketika menjawab pertanyaan salah seorang peserta di Majlis Wacana Ketua Pengarah JKSM di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini, hari ini.

Sebelum itu, salah seorang peserta bertanyakan mengenai bagaimana usaha pihak JKSM untuk menangani kumpulan yang mempertikai syariah seperti G25 terutamanya isu khalwat.

Ibrahim yang juga merupakan Ketua Hakim Syariah menambah, pihaknya hanya akan mengulas mengenai isu itu di Mahkamah Syariah.

“Usaha kita JKSM apa-apa hal (syariah termasuk khalwat) kita ulas di situ. Apa-apa pandangan kita di situ,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.