Mohd Bakke nafi khabar angin RM2.6 bilion dari 1MDB

Mohd Bakke nafi khabar angin RM2.6 bilion dari 1MDB

Bakke menyatakan beliau tidak pernah menyebut atau melafaz mengenai perkara terbabit semasa keterangannya kepada PAC.

Mohd Bakke Salleh

PETALING JAYA :
Tan Sri Mohd Bakke Salleh menafikan khabar angin di media sosial bahawa dia mengeluarkan kenyataan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bahawa wang RM2.6 bilion kononnya daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Bekas Pengerusi 1MDB itu berkata, beliau tidak pernah menyebut atau melafaz mengenai perkara itu semasa memberi keterangan kepada PAC dalam siasatan jawatankuasa tersebut terhadap 1MDB.

“Kenyataan saya terhadap PAC iaitu sebuah jawatankuasa sahih dan diperakui Parlimen Malaysia, tidak pernah dibincangkan di media sosial dan tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk membuat kenyataan mewakili diri saya.

“Saya ingin menasihatkan pengguna laman sosial untuk lebih berhati-hati terhadap sebarang sebaran spekulasi dan khabar angin tanpa pengesahan pihak yang sahih,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Mohd Bakke berkata pihaknya akan membuat satu laporan polis dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang membuat sebaran tidak benar yang merujuk, berkait dan memfitnah dirinya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.