Langkah itu sejajar dalam menarik minat para belia mencebur bidang pekerjaan yang dikategori sebagai `3D’ atau `Dirty, Difficult and Dangerous’ yang dimonopoli oleh pekerja asing sebagaimana cabaran beliau sendiri.
“IKHLAS cabar kalau YAB TPM boleh bagi jaminan gaji permulaan pekerja tanpa overtime (lebih masa), pekerja am kilang RM1500, kerja cleaner RM1200, pegawal keselamatan RM1500, pekerja ladang RM1500, buruh binaan RM1500.
“Pembantu rumah RM700 + elaun khas kerajaan bagi 200, station minyk RM1300, pembantu kedai berkonsep mini mart RM1000, supermarket RM1300, pekerja pasar/ borong RM1000/1300, pekerja buruh am RM1300/1500,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Jelasnya, selain daripada penetapan gaji yang setimpal, pihak kerajaan juga perlu memberi jaminan lain seperti skim pelindungan insuran, KWSP, SOCSO dan bonus perkhidmatan bagi mereka yang bekerja melebihi 15 tahun.
“Tidak perlu lagi warga asing. YAB TPM, IKHLAS cabar jika betul-betul hendak bantu rakyat bukan ambil kesempatan pada rakyat.
YAB TPM jangan jadi kera di hutan di susukan anak di rumah mati kelaparan,” katanya merujuk kepada tindakan kerajaan yang didakwa lebih mengutamakan warga asing.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri mencabar belia untuk menggantikan pekerjaan warga asing jika mereka dihantar pulang ke negara asal.
Katanya, belia berfikir secara realiti bahawa negara perlukan tenaga kerja bagi membangunkan ekonomi.
