Katanya, sepanjang bercinta dizaman bujang, Rani atau mesra dipanggil “ayah”, tidak pernah memulakan langkah mendekati perempuan sebaliknya si gadis yang cuba memikat hatinya sehingga membawa kepada percintaan.
“Sepanjang zaman bujang ayah pernah ada tiga teman wanita, dan ketiga-ketiga teman wanita ayah itu mula mencari ayah, sebab ayah ini pemalu oranya tak pandai mengusik perempuan,” katanya kepada FMT.
Tidak cukup dengan itu, Rani turut mendedahkan bahawa air mukanya yang jujur itu menyebabkan ramai gadis tertarik dengan beliau.
Malah sehingga kini bekas teman wanitanya masih mencari beliau untuk bertemu, walaupun sudah mempunyai anak dan suami.
“Sebab orang jatuh hati kepada ayah, dia tengok dari segi kejujuran ayah, dia tengok air muka ayah ini lain daripada yang lain. Orang perempuan tengok muka ayah seperti benda berharga malah sampai sekarang umur saya 60 tahun ramai lagi gadis berminat dengan saya.
“Malah pengalaman yang tidak boleh ayah lupa semasa zaman bercinta, apabila sehingga sekarang teman wanita atau kekasih ayah yang sudah ada anak dua tiga pun masih ingatkan ayah, dan masih lagi menyuruh suami dia mencari ayah kerana dia tak boleh lupa hubungan kasih kami itu,” katanya
Rani berkata, sepanjang beliau bercinta beliau sesekali tidak pernah ‘curang’ serta menyakiti hati mana-mana wanita. Malah mengakui tidak pernah menyentuh tangan teman wanitanya itu.
“Zaman ayah dulu bercinta tersusun, kalau bercinta satu, satu sajalah, ayah tak pernah bercinta sehingga rambang mata nak ngorat orang lain. Malah kalau nak keluar ayah akan minta izin ibu bapa dulu kerana orang dulu kesopanan dan kesusilaannya sangat kuat,” katanya.
