Susulan itu, Armand menuntut kerajaan negeri dan pemimpin pembangkang menjelaskan kenapa perhimpunan yang didakwa akan diadakan pada 24 Februari itu dibenarkan.
“Sepertimana yang saya nyatakan, pada 24 Feb akan ada pertemuan Freemason/Iluminati terbesar di salah sebuah negeri tidak lama lagi.
“Ramai yang hubungi saya setuju bagi membongkarkan pertemuaan mereka ini dan walaupun saya dinasihatkan tidak mengacau kerana dikatakan gerakan mereka kuat dan besar, tapi saya yang berpegang pada agama Islam dan berpandukan perjuangan 30 juz al-Quran rasakan ianya harus dihentikan dan dibatalkan serta mohon pihak kerajaan negeri tersebut berikan penjelasan,” katanya di dalam blog armandpju.blogspot.my.
Armand turut melampirkan semua maklumat pertemuan itu di dalam blognya.
Dalam pada itu, beliau mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan gabungan parti-parti pembangkang memberikan penjelasan mengapa pertemuan Freemason itu dibenarkan.
“Apa pendirian pemimpin-pemimpin serta penyokong-penyokong Pakatan Harapan terutama yang beragama Islam dalam PKR, PAN , DAP dan PAS mengenai isu ini.
“Saya Armand Azha Hj Abu Hanifah ingin buat pendirian secara terbuka membantah dan mahu penjelasan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang (Guan Eng), samada beliau setuju atau tidak pertemuan ini,” tegasnya, dan menyeru semua badan bukan kerajaan (NGO) Islam bersatu membantah pertemuan itu.