Bukan tutup mulut Mukhriz tapi demi perubahan – Bashah

Bukan tutup mulut Mukhriz tapi demi perubahan – Bashah

Beliau yakin Mukhriz akan bersama-sama UMNO Kedah untuk mempertahankan negeri itu pada PRU14.

Ahmad-Bashah_Mukhriz_kedah_umno_600
ALOR SETAR: Penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah bukan disebabkan mahu mengunci mulut kerana mengkritik 1MDB dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bakal Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, dakwaan Mukhriz itu tidak benar kerana penukaran Menteri Besar dibuat demi perubahan di negeri itu.

“Itu anggapan dia. Kita singkir dia, kita tetap buat kerja. Mana boleh senyapkan orang.

“Itu persepsi dia. Kita cuma mahukan perubahan,” katanya dalam satu sidang media khas di Pejabat UMNO Kedah.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata membuat satu sidang media khas sebaik sahaja Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din mengumumkan beliau sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu berkuatkasa esok.

Dalam pada itu, beliau yakin Mukhriz tetap akan bersama-samanya dalam menggerakkan jentera Barisan Nasional (BN) di Kedah dan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

“Saya yakin Mukhriz akan membantu kerana sebagai orang parti kita nak semangat sebegitu.

“Saya cukup yakin peralihan Menteri Besar baharu ini, kita masih lagi padu. Yang penting kita nak bersama untuk jalankan tugas,” tegasnya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.