Melaka perkenal enakmen halang tuntutan merepek

Melaka perkenal enakmen halang tuntutan merepek

Menariknya, enakmen ini akan turut dituju kepada individu yang mengaku diri sebagai Sultan Melaka.

idris-haron,sultan-melaka,ratu-bonda

MELAKA:
Tiada lagi tuntutan merepek yang tidak masuk akal daripada kerajaan negeri Melaka.

Justeru kerajaan negeri itu bercadang memperkenalkan satu enakmen khas bagi membolehkan tindakan keras diambil terhadap individu sedemikian.

Menariknya, enakmen ini akan turut dituju kepada individu yang mengaku diri sebagai Sultan Melaka.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron mahu enakmen itu membendung sebarang perilaku yang boleh mendatangkan malu kepada negeri Melaka.

“Kerajaan negeri mengambil tindakan segera dengan berbincang sekali lagi bagaimana usul untuk memperkenalkan satu enakmen khas yang lebih keras yang boleh mengambil tindakan kepada mereka yang menuntut perkara karut.

“Saya kira enakmen ini nanti akan melindungi pihak kerajaan dan akan boleh diaplikasikan kepada mereka yang menuntut sebagai keturunan Sultan Melaka dan segala yang berkaitannya,” kata Idris, lapor Astro Awani.

Kerajaan Melaka bertegas, pihaknya tidak akan mengiktiraf mana-mana individu yang mengaku sebagai pewaris Kesultanan Melaka.

“Kita tidak akan mengiktiraf mana-mana individu yang mendakwa diri mereka sebagai Sultan Melaka atau Bonda Ratu atau apa jua gelaran dan seangkatan dengannya.

“Tidak, kita tidak akan iktiraf sebarang usaha untuk menzahirkan kembali Sultan Melaka,” tegasnya lagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.