Krisis MB bonus usaha PAS tawan Kedah

Krisis MB bonus usaha PAS tawan Kedah

Pergolakan menggulingkan Mukhriz akan digunakan PAS sebaiknya untuk memperoleh mandat daripada rakyat negeri itu.

Fakruddin-PAS-Kedah

ALOR SETAR:
PAS menyatakan keyakinan parti Islam itu akan menawan semula Kedah daripada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Keyakinan itu disuarakan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi kerana melihat UMNO sudah tidak bersatu lagi di semua peringkat di negeri ini.

Katanya, krisis pertukaran Menteri Besar di Kedah masa ini mencerminkan wajah UMNO yang tidak disukai rakyat Kedah.

“Krisis kepemimpinan negeri yang diterajui UMNO ketika ini menyingkap wajah mereka yang sebenar.

“PAS Kedah yakin peluang PRU14 berpihak kepada PAS,” katanya ketika dihubungi FMT di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Fakhruddin berkata, krisis Menteri Besar Kedah yang berlaku disifatkan bonus kepada PAS untuk menawan kembali Negeri Jelapang Padi itu.

Beliau juga menyambut baik hasrat Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mendapatkan mandat daripada rakyat untuk mengurus tadbir Kedah.

“Untuk itu, PAS bekerja berterusan dengan mempelbagaikan aktiviti mendekatkan PAS dengan masyarakat.

“Di samping itu, akan memperkukuhkan organisasi,” katanya.

Sebelum ini, Nik Abduh yakin PAS akan rampas semula Kedah daripada BN susulan pergolakan menggulingkan Mukhriz yang berlaku ketika ini.

Keyakinan itu disuarakan, setelah melihat BN semakin lemah di semua peringkat negeri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.