Isu Mukhriz: Cawangan lancar gerakan lawan ‘pemberontak’

Isu Mukhriz: Cawangan lancar gerakan lawan ‘pemberontak’

Gerakan melawan Ketua UMNO Bahagian yang 'memberontak' bermula di Merbok dan bergerak ke seluruh Kedah

Mejar-Anwar-Abd-Hamid

SUNGAI PETANI:
Gerakan melawan kumpulan ketua bahagian yang mendesak peletakan jawatan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilancarkan semalam.

Gerakan itu terdiri daripada pemimpin akar umbi peringkat cawangan UMNO di Kedah, dan merupakan tindak balas terhadap ‘pemberontakan’ 14 ketua bahagian mereka.

“Apa yang kita kecewa sangat ialah ahli akar umbi beberapa kali ditipu, malah mereka tidak pernah datang meminta pandangan ahli akar umbi atau meminta kebenaran daripada kami,” menurut jurucakap kumpulan itu, Ketua UMNO Cawangan Badlishah, Mejar Anwar Abd Hamid.

Ketua bahagiannya, Datuk Tajul Urus Mat Zain dari UMNO Bahagian Merbok antara pendesak Mukhriz berundur, menurut Anwar. Beliau menyifatkan Tajul telah mengkhianati mereka dan pengundi.

“Adakah ketua bahagian kita membentang apa kesalahan yang dilakukan oleh Menteri Besar Kedah? Adakah Menteri Besar Kedah ini ada skandal atau rasuah?” soal Anwar dalam satu sidang media di Sungai Petani.

Bermula dari Bahagian Merbok, empat cawangan iaitu Bandar Laguna, Taman Badlishah, Taman Pinang dan Taman Bunga Raya akan melata ke seluruh negeri Kedah menarik sokongan ketua cawangan lain supaya menghentikan ‘pemberontakan’ itu.

“Kami akan bermula disini dan bergerak ke seluruh negeri Kedah bagi mengajak ketua-ketua cawangan untuk menentang ketua bahagian yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Bandar Laguna, Zahran Abdullah berkata satu himpunan akan diadakan di kawasannya bagi menyatakan sokongan kepada Mukhriz pada 5 Februari depan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.