Jangan kritik sekolah aliran Cina kerana insiden terpencil

Jangan kritik sekolah aliran Cina kerana insiden terpencil

Jumlah ibu-bapa Melayu memilih sekolah aliran Cina untuk masa depan anak-anak mereka membuktikan SJKC bukan sekolah yang membina perkauman

zairil,ridhan-tee

PETALING JAYA :
Kes seorang guru Melayu yang `diserang’ oleh bapa murid di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Mersing baru-baru ini tidak harus dijadikan sandaran untuk mengritik keseluruhan sistem sekolah aliran Cina.

Jurucakap Parlimen DAP untuk Pendidikan, Sains dan Teknologi, Zairil Khir Johari berkata kes seperti itu kes terpencil sepertimana kes layanan sekolah kebangsaan tertentu keatas pelajar bukan Islam di bulan Ramadhan.

“Dr Ridhuan tak sepatutnya menjadikan isu terpencil dalam satu sekolah sebagai satu isu perkauman, sehinggakan institusi sekolah Cina dipersoalkan sama sekali.

“Insiden ini, kalau dibanding dengan insiden-insiden lain di sekolah kebangsaan seperti kes masa bulan puasa, tidak semestinya bermaksud semua sekolah kebangsaan itu rasis,” kata Zairil, mengulas kenyataan pensyarah, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah baru-baru ini.

Zairul mahu menyorot perhatian pembaca FMT kepada hakikat bahawa jumlah ibu-bapa Melayu memilih sekolah aliran Cina untuk masa depan anak-anak mereka, lantas membuktikan SJKC bukan sekolah yang membina perkauman, disamping menawarkan pendirikan yang berkualiti.

“Beliau patut tahu di negeri seperti Kelantan, enrolmen murid bukan Cina (rata-rata Melayu) di SJKC adalah sebanyak 28 peratus. Ada sekolah Cina dengan murid Melayu merangkumi 40 hingga 60 peratus.

“Ini disebabkan kualiti yang makin merosot dan reputasinya. Bukan sebab isu perkauman. Kalau perkauman, takkan lagi ramai orang Melayu hantar anak ke SJKC,” tegasnya.

Zairil berkata penyertaan anak-anak bukan Cina ke sekolah aliran Cina mencatatkan peningkatan dari tahun ke tahun dan kini mencapai tahap 15 peratus.

Apa yang perlu kita ketahui ialah, kata Zairil, sekolah aliran menggunakan sukatan yang ditetapkan kementerian dan yang membezakan sekolah aliran dengan sekolah kebangsaan adalah displin dan tata kerja yang baik.

“Mungkin itu yang ibu bapa mahukan. Sama juga kita nampak trend ramai ibu bapa Melayu memilih sekolah agama swasta. Yang pastinya, sekolah kebangsaan kini kurang menjadi pilihan kepada ramai keluarga, baik Melayu atau bukan Melayu,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.