Beliau menjangkakan hasil kajian oleh Agro Bank itu akan dapat dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam tempoh beberapa bulan ini.
“Kita akan mencari mekanisme supaya dari segi pembayaran premium insurans tersebut tidak membebankan petani.
“Kita minta syarikat insurans untuk menyambut perkara ini untuk melindungi petani kita dan tidak lagi mereka hanya bergantung (bantuan) kepada dana tabung bencana pertanian yang terhad dan banyak syarat,” katanya, lapor BERNAMA.
Shabery berkata bagi peringkat permulaan, skim perlindungan insurans itu hanya dikhaskan untuk penanam padi dan menjadi impian beliau untuk memperluaskannya bagi tanaman lain.
Skim untuk pesawah ini menyusuli perlaksanaan skim perlindungan insuran kepada nelayan, terutamanya kepada keluarga apabila nelayan ditimpa kemalangan di laut.