Ayahanda Rani kecewa dengan TV1, TV3

Ayahanda Rani kecewa dengan TV1, TV3

Mereka halang masuk televisyen, sepatutnya mereka berterima kasih kerana perjuangkan isu rakyat.

rani-kulup_tv1_tv3_media-perima_600

PETALING JAYA:
Seandainya benar stesen media RTM atau Media Prima ‘dihalang’ daripada melaporkan detik perjuanganya, Abdul Rani Kulup Abdullah @ Raja Report Malaysia akan terus membuat laporan polis demi memastikan nasib marhaen terbela.

Bercakap kepada FMT, Rani melahirkan rasa kecewa terhadap rakan media RTM dan Media Prima kerana tidak lagi beri ruang secukupnya kepada beliau yang giat memperjuangkan isu rakyat.

“Saya rasa sangat kecewa kerana media kerajaan TV1 dan TV3 tidak menyiarkan berita perjuangan saya,” kata Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), yang dikenali ramai dengan seragam hitam bertopi beret merah.

“Kenapa nak halang saya yang bukan ahli politik ini? Saya hanya berjuang untuk rakyat demi agama, bangsa, dan negara!” katanya.

Rani berpendapat, di kala rakyat masa kini dibelit pelbagai isu, media sewajarnya menghargai masih ada insan seperti Rani, hari ini.

“Mereka halang saya masuk televisyen, sebab polis bantai saya dalam televisyen baru-baru ini. Malah desas-desus mengatakan pihak atasan yang mengarahkan supaya tidak menyiarkan Rani Kulup dalam televisyen. Ini bermakna mereka tidak setuju untuk saya banteras jenayah.

“Sepatutnya pihak berkenaan mengucapkan terima kasih kepada Rani Kulup kerana tidak jemu memperjuangkan isu rakyat,”

Rani akan terus membawa isu rakyat, namun disamping itu beliau meminta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak supaya menyiasat siapakah dalang yang menghalang laporan aktiviti MJMM dan bertindak keatas mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.