Bung Mokhtar tunggu giliran dibedah

Bung Mokhtar tunggu giliran dibedah

Beliau menyatakan akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat dan berharap orang ramai mendoakan kesihatannya.

bung,bedah

PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin menafikan khabar angin mengatakan beliau dalam keadaan tenat.

Perkara itu disahkan olehnya ketika dihubungi FMT di sini, hari ini, serta memberitahu beliau dalam keadaan sihat.

“Saya dalam keadaan baik. Tak ada bro (merujuk kepada dakwaan mengatakan beliau tenat),” jawabnya ringkas.

Beliau dalam masa yang sama turut menghantar sekeping gambar bagi membuktikan dirinya sihat.

“Inilah keadaan saya bro (berujuk kepada gambar yang dihantar)” katanya sambil menunjukan isyarat bagus.

Mengulas lanjut, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu memaklumkan bahawa beliau akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat dan meminta rakyat mendoakan kesihatannya.

Sementara itu, menurut laporan Harian Metro hari ini, isterinya yang juga merupakan seorang pelakon, Zizie Ezzette berkata, beliau dan Bung meraikan enam tahun usia perkahwinan mereka pada Disember lalu di China.

“Sudah tiga bulan saya berulang-alik ke sana. Alhamdulillah, keadaan suami semakin pulih. Insya-Allah dia akan pulang ke tanah air minggu depan.

“Selain sibuk dengan perniagaan, pada masa sama saya perlu memberi tumpuan kepada suami,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.