
“Ini bagi mengelakkan tembak-menembak, tembakan melantun atau tertembak kawan,” kata Rafizi, dan disambut dengan sorakan daripada pimpinan PH pada pemeteraian Perjanjian Pakatan Harapan di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, hari ini.
Pertelingkahan isu undang-undang Islamik antara DAP dan PAS membawa kepada perpecahan perikatan Pakatan Rakyat tahun lalu.
Menjelaskan prinsip perjanjian itu, Rafizi berkata semua pertelingkahan antara parti atau bantahan terhadap tindakan parti kawan perlu diselesaikan secara dalaman melalui saluran parti masing-masing.
Hanya apabila kepimpinan parti masing-masing mendapati kewajaran isu yang dibangkitkan, ia akan disuarakan kepada parti-parti terbabit.
“Perjanjian ini bukan sahaja untuk anggota parti, tetapi juga untuk orang awam supaya mereka tahu dan faham prinsip Pakatan Harapan dan bagaimana membuat keputusan dan bagaimana pertelingkahan diselesaikan,” katanya.