Katanya, kesungguhan yang ditunjukkan Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd itu perlu di contohi anak Kelantan yang lain sekiranya mahu menjadi usahawan berjaya.
“Kesungguhan Datuk Vida patut di contohi usahawan terutamanya anak Kelantan,” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya, semalam.
Mengulas lanjut, Annuar akan menemui Datuk Vida esok untuk mengadakan perbincangan lanjut berhubung dua syarat yang ditetapkan usahawan terkenal itu.
“Saya akan temui Datuk Seri Vida esok (hari ini) dan meneliti pelbagai aspek tawaran tajaannya. Pada dasarnya saya mengalu-alukan kesediaan sesiapa sahaja yang ingin menaja TRW (The Red Warriors), Saya hanya menyediakan dan mengusahakan yang terbaik buat TRW,” katanya.
Terdahulu, Datuk Vida tetap dengan pendiriannya mahu mengenakan dua syarat kepada KAFA sebelum menaja pasukan yang berpangkalan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Dua syarat yang ditetapkan ialah, seluruh stadium Sultan Muhammad Ke-IV di cat warna merah jambu, dan menukar nama pasukan kepada Pamoga Qu Puteh TRW.