
Naib Presiden PAS, Nik Amar Abdullah, berkata individu berkelayakan di Sabah akan diangkat sebagai calon PRN nanti.
“Bukan tiada calon tempatan, sebaliknya mereka yang berkelayakan di Sabah akan dipilih sebagai calon bertanding pada PRN. Sebab itu kita tidak lantik calon tempatan sebagai pengarah pilihan raya bagi mengelak kelam kabut.
“Pengalaman Annuar juga sudah lama, selain pernah dilantik pengarah pilihan raya di Sabah untuk Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
“Maklumat yang beliau ada mengenai geopolitik melebihi orang lain. Jadi, kita yakin pengalaman dan maklumat itu boleh membantu parti merangka strategi dengan baik,” katanya menurut Berita Harian pada Ceramah Umum Sambutan 70 Tahun PAS Kelantan di Kota Bharu, malam tadi.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 15 Nov ini hari penamaan calon, 25 Nov pengundian awal dan 29 Nov hari mengundi PRN Sabah ke-17.