Kementerian kena berjimat – Najib

Kementerian kena berjimat – Najib

Perdana Menteri beri peringatan dalam mesyuarat Kabinet supaya belanja berhemah

najib-razak

PETALING JAYA:
Datuk Seri Najib Razak mengingatkan Kabinet supaya mengamalkan perbelanjaan secara berhemah.

Dalam status tweetnya, Perdana Menteri memberi peringatan itu ketika mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang pertama bagi tahun ini.

“Dalam mesyuarat Jemaah Menteri pertama 2016 yang saya pengerusikan semalam, saya ingatkan Kabinet untuk belanja peruntukan yang diberikan secara berhemah,” katanya.

Ingatan berkenaan disuarakan oleh Perdana Menteri ketika kebanyakan penduduk negara ini merasa beban kenaikan kos sara hidup, yang dipercayai berpunca daripada kelembapan ekonomi dunia dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.