Berhati-hati beli buku hadis – Dr Asri

Berhati-hati beli buku hadis – Dr Asri

Kitab-kitab atau buku hadis palsu boleh menjadi penyebab akidah umat Islam terpesong

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin

PETALING JAYA:
Umat Islam dinasihatkan agar berhati-hati ketika membeli atau membaca buku-buku hadis berkaitan Nabi Muhammad SAW kerana dibimbangi tersilap memilih yang palsu.

Nasihat itu diberikan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin apabila menyatakan penyebaran hadis palsu boleh menggugat kefahaman dan memesongkan akidah umat Islam terutama golongan yang tidak belajar daripada guru agama yang diiktiraf.

“Hadis palsu dan batil boleh merosakkan imej agama Islam, umat Islam dan penceramah perlu lebih berhati-hati dengan buku hadis palsu,” katanya dalam satu ceramah mingguan seperti dilapor laman portal Astro Awani.

Dalam perkembangan lain, Dr Asri turut mengingatkan umat Islam agar tidak menyalahgunakan ayat-ayat al-Quran untuk mendapat sumber rezeki seperti menjadikannya sebagai pelaris barang jualan.

Ini kerana katanya, laris atau tidak sesuatu perniagaan bergantung kepada kualiti, harga, kebersihan serta doa kepada Allah SWT.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.