
Katanya, cadangan yang dibawa itu adalah berdasarkan al-Quran dan Sunah, bukannya membuat kenyataan berdasarkan akal semata-mata.
“Perkahwinan memang anjuran Rasulullah kepada para pemuda kerana ia boleh memelihara dan menjaga maruah diri melibatkan keinginan seks.
“Kita bagi cadangan berdasarkan Quran dan Sunah, bukan berdasarkan akal sahaja,” katanya kepada FMT bagi menjawab pihak yang mengkritik cadangannya itu.
Cadangannya sebelum ini mendapat tentangan daripada Ketua Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK), Wan Ji Wan Hussin apabila menyifatkan langkah tersebut tidak menyelesaikan masalah dengan memberi contoh individu yang sudah berkahwih juga masih boleh terlibat dalam kes rogol.
Sementara itu, bagi aktivis hak asasi wanita, Ivy Josiah, kenyataan yang dikeluarkan pemimpin Pas itu hanya akan membuka pintu kepada lebih banyak kes rogol pada masa akan datang.
Mengulas lanjut, Khairuddin berkata, beliau tidak mahu menjawab komen yang dibuat dua individu tersebut sebaliknya terpulang kepada mereka untuk menerima atau tidak kerana hujahnya itu berdasarkan prinsip agama.