
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dalam pada itu 659 kes baru dicatatkan dengan hanya 1 kes import.
Beliau berkata, Sabah masih mencatatkan kes harian tertinggi dengan 529 jangkitan, diikuti Selangor (55, termasuk 1 kes import), Negeri Sembilan (25) dan Labuan (12).
Katanya, negeri lain yang turut merekodkan kes baru ialah Kuala Lumpur (11), Sarawak (9), Perak (6), Putrajaya (4), Kedah (2), Pulau Pinang (2), Terengganu (2), Pahang (1) dan Kelantan (1).
“Sehingga kini 83 kes positif dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 19 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
“Tiada kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 249,” katanya pada sidang media hari ini.
Beliau berkata, setakat tengah hari tadi sebanyak 10,051 kes sedang menerima rawatan.
Malaysia mencatatkan 31,548 kes Covid-19 sehingga kini, manakala jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 21,248 kes.