
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kes di Sabah melonjak semula berikutan kes positif di Penjara Kepayan, iaitu 439 kes, kerana lebih banyak pengesanan kes secara aktif dijalankan.
“Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 194 kes. Daripada 194 kes baharu ini, 120 kes daripada kluster-kluster sedia ada dan baharu,” katanya pada sidang media hari ini.
Ketika ini, sebanyak 9,744 mangsa sedang dirawat, dengan 94 kes di unit rawatan rapi dan 31 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, sebanyak 692 mangsa dilaporkan pilih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif mereka yang puluh 17,825 kes.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan turut melaporkan 7 kematian hari ini, semuanya di Sabah.
Katanya, mereka yang meninggal dunia adalah lelaki berusia 67 tahun, 71 tahun, 61 tahun, 50 tahun dan 27 tahun, dan perempuan berusia 51 tahun dan 90 tahun.