Lebih 700 kes penularan tempatan, lebih 500 sembuh

Lebih 700 kes penularan tempatan, lebih 500 sembuh

732 kes jangkitan baharu dilaporkan hari ini.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan sebanyak 732 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini, dengan 724 daripadanya kes penularan tempatan.

Perkembangan hari ini menunjukkan angka menurun sedikit selepas 4 hari berturut-turut jangkitan melebihi angka 800.

“Sabah masih tertinggi (535), Selangor (114), Kuala Lumpur (20), Pulau Pinang (12) dan Negeri Sembilan (9),” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, pada sidang media hari ini.

Sementara itu, kementerian mengumumkan 580 mangsa Covid-19 dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya 14,931 kes, bersamaan 65% daripada jumlah keseluruhan kes.

“Hari ini, Selangor mencatatkan pertambahan sebanyak 116 kes dan daripada jumlah itu, 49 kes adalah daripada kluster-kluster sedia ada dan 11 kes daripada kluster-kluster baharu.

“Daripada 3 kluster baharu, 1 kluster berkaitan dengan sejarah perjalanan pulang dari
Sabah,” katanya.

Ketika ini, sebanyak 7,827 mangsa sedang dirawat dengan 102 kes di unit rawatan rapi (ICU), di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Hisham juga melaporkan 6 kes kematian hari ini, membabitkan lelaki berusia 27 hingga 65 dan seorang wanita berusia 71 tahun.

Lima kematian dilaporkan di Sabah dan 1 di Labuan.

Pertambahan 6 kes kematian itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian berkait Covid-19 sebanyak 199 kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.