KTMB melangkah ‘canggih’ perkenal ‘smart helmet’

KTMB melangkah ‘canggih’ perkenal ‘smart helmet’

KTMB telah melancarkan pengimbas suhu badan di KL Sentral bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Anggota Polis Bantuan Kereta Api Tanah Melayu Berhad berjalan segak ibarat dalam filem ‘Robocop’.
KUALA LUMPUR:
Semua mata tertumpu, di hadapan beberapa Anggota Polis Bantuan Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjalan segak ibarat dalam filem ‘Robocop’ memeriksa satu persatu penumpang menggunakan ‘smart helmet’.

Pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan semula, KTMB telah melancarkan pengimbas suhu badan di KL Sentral bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Satu usaha yang patut dipuji kepada KTMB yang melangkah satu lagi tahap ke hadapan selain meneruskan penggunaan kaedah sedia ada seperti pengimbas suhu di stesen, ‘hand sanitizer’, sanitari tren.

Anggota PB, Siti Nabilla Isnariah Mohd Jonib dan Muhammad Amir Nor Asri melakukan rondaan di dalam gerabak dan sekitar platform menggunakan smart helmet untuk mengimbas suhu badan penumpang.

Anggota Polis Bantuan (PB) akan memakai ‘smart helmet’ semasa membuat rondaan untuk mengesan penumpang yang bergejala melalui alat teknologi canggih itu.

Anggota PB sedang melakukan rondaan di dalam gerabak.

Rondaan akan dilakukan sebanyak dua kali untuk mengesan suhu badan yang tinggi melebihi 37.5 dan penumpang yang bergejala akan dibawa keluar dari gerabak untuk tindakan lanjut.

Walaupun penggunaan helmet ini masih di peringkat percubaan bagi menilai keberkesanan dan kesesuaian kepada anggota Polis Bantuan namun ia dapat meningkatkan keyakinan para penumpang untuk menggunakan perkhidmatan KTMB.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.