Cari calon luar lori

Cari calon luar lori

Rakyat mahu tahu siapa calon PM dari PN tetapi PAS terus mengelak meskipun usul Pemudanya sudah mendesak pimpinan.

Mohsin Abdullah

Kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man partinya mengambil pendirian bersabar dalam isu calon perdana menteri untuk Perikatan Nasional (PN) menghadapi PRU16.

Oleh itu kata beliau PAS beri tumpu menang pilihan raya bukan calon PM. Bagus keutamaan itu .

Cuma ingin saya katakan apabila parti politik menamakan calon perdana menterinya bagi pilihan raya ia membukti atau tunjuk kepada khalayak, parti itu sepakat dalam mencapai keputusan. Ia united.

Lazimnya parti buat keputusan awal untuk menunjuk kepada rakyat inilah orangnya yang akan mengetuai pentadbiran negara kelak.

Maka dipaparkan poster boy. Jadi rakyat tahu what to expect. Itu sebab majoriti rakyat mahu tahu siapa calon PM parti parti yang bertanding. It’s a big deal untuk rakyat.

Tuan Ibrahim sendiri mengaku “hari ini orang mula bincang siapa bakal PM, Kenapa ramai tanya siapa akan jadi PM? Ramai yang tanya PAS siapa tokoh PM?”.

Kerana menurut beliau “mereka hilang kepercayaan dengan menteri yang ada – kerana mereka tak yakin dengan PM”.

Kalau itu yang rakyat nak tahu bagi tahulah. Mengapa nak sorok-sorok? Nak lengah-lengah? Tak kan nak kecewakan rakyat?

Apa lagi Muktamar Pemuda PAS tempoh hari lulus resolusi supaya PAS ambil alih tampuk kepimpinan PN.

Lalu dicadang Tuan Ibrahim sebagai pilihan utama calon PM. Sanusi Nor pun boleh kata Ketua Pemuda Afnan Hamimi Taib Azamudden. So what’s the problem? Pilih sajalah.

Berkata pula Mursyidul Am Hashim Jasin: “Sehari dua ini ada yang dok kacau pimpinan PAS, Siapa nak jadi PM PAS ini. Siapa dia calon. (Bila PAS ) dok senyap dia kata PAS ni tepulah, dia tak ada pemimpin layak jadi perdana menteri.

Kalau kita tanya balik, hang nak cari PM mana-mana , aik yang naik kapal terbang pi mesyuarat sana sini, ( Mereka kata ) kami nak macam itu la.

Maknanya kata beliau ramai rakyat yang mahu perdana menteri naik kapal terbang pergi mesyuarat sana sini. Begitu?

Apa pun kata Hashim “Berlambak dalam PAS pun, tapi kami tak bagi. Bukan jenis itu yang kita cari. Nak letak seorang perdana menteri memimpin, bukan jenis itu, jenis tu 3 – 4 lori kami boleh cari.”

Ertinya beliau akui dalam PAS ada ramai yang boleh ‘naik kapal terbang dan pergi mesyuarat’.

Jadi yang ‘jenis’ demikian yang berlambak berlori-lori dalam PAS jangan mimpi nak dipilih jadi calon PM. Sebab kata Hashim “kami nak letak seorang perdana menteri yang memimpin.”

Berdasarkan kata-kata beliau sendiri ye. Jadi bolehkah ditanya dilihat pada sisi lain beliau bayangkan pemimpin yang boleh memimpin susah dicari?

Tapi tak apa lah. Sekarang PAS boleh ketepikan tiga empat lori pemimpin ‘jenis’ naik kapal terbang pergi meeting carilah calon PM yang boleh memimpin. Cari di luar lori. Sudah dilakukan ke?

Mungkinkah terlalu ramai pemimpin yang hebat dan layak jadi PM sehingga buat PAS tak tahu nak pilih siapa?

Atau mugkinkah sebab – kalau dinamakan calon daripada geng ustaz, geng teknokrat tidak senang.

Pilih calon geng teknokrat geng ustaz tak setuju lalu naik angin. Boleh dikata begitu?

Realitinya belum ada calon PAS diumum. Bagi saya jika PAS mahu lead PN (sebenarnya memang PAS yang memimpin PN selama ini

Walaupun Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin izin mereka jadi pengerusi gabungan) kenalah terus kali ini bagitahu secara terbuka. Dan umumlah calon pilihan di kalangan PAS.

Sayangnya itu tidak atau belum dilakukan sehingga artikel ini ditulis. Bagaimanapun apabila Bersatu ‘sebulat suara’ pilih presiden mereka Muhyiddin sebagai calon PM untuk PN, PAS bengang .

Kamu tak namakan calon kamu tapi bila orang lain namakan calon mereka kamu tak terima. Boleh disimpulkan begitu secara ringkas

Macam inilah. Kalau susah-susah apa kata kalau namakan beberapa calon serentak dan sebaris.

Macam dulu poster pilihan raya PAS memaparkan gambar Allahyarham Nik Aziz Nik Mat, Allahyarham Fadzil Noor dan Abdul Hadi Awang.

Kali ini letak gambar Hadi. Tuan Ibrahim, Mohd Amar Abdullah (yang dikatakan menawar diri sebagai calon), Idris Ahmad, Sanusi Nor, Ahmad Samsuri Mokhar dalam satu poster utama.

 

Kalau parti lain ada poster boy PAS ada poster boys. Lagi power.. Tapi kalau menang PRU takkan negara ni ada enam PM pula!

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.