Trump bermaharajalela, Netanyahu bergembira

Trump bermaharajalela, Netanyahu bergembira

Donald Trump heret dunia untuk menghalalkan apa yang dilakukannya seolah-olah seluruh dunia menyokong dan bersetuju serangan yang dia lancar.

Mohsin Abdullah

Si Benjamin Netanyahu tentu sedang ketawa terbahak-bahak. Gembira tak terkata. Mengapa tidak? He got the US to fight his dirty war for him. Semalam Donald Trump menghantar pesawat untuk mengebom Iran. Menurut NBC News memetik dua pegawai pertahanan, kapal selam AS melancarkan lebih 30 peluru berpandu Tomahawk ke atas Iran seiring tentera udara menggugurkan bom. Trump kata serangan ke atas tiga tapak nuclear. Hakikatnya dia menceroboh negara asing yang berdaulat dan melakukan kemusnahan.

Langkah Netanyahu sebelum ini yang kononnya berusaha membawa AS ke dalam kancah konflik dengan Iran bagi saya wayang semata-mata. Saya percaya Trump sebenarnya memang mahu masuk campur untuk tunjuk kuat dan bukti betapa sayangnya dia terhadap Israel, khususnya Netanyahu. Tak perlu dipujuk rayu.

Lihat reaksinya terhadap pengarah perisikannya Tulsi Gabbard yang beritahu Capitol Hill pada Mac lalu: “the US continues to assess that Iran is not building a nuclear weapon and Supreme Leader (Ayatollah Ali) Khameni has not authorised the nuclear weapons program he suspended in 2003“. Trump dengan pantas mengenepikan penilaian Gabbard.

Beberapa hari lalu seorang wartawan bertanya apa perisikan yang dia ada yang mengatakan Iran sedang membuat senjata nuclear kerana pihak perisikan dia sendiri kata mereka tidak ada bukti sehingga sekarang. Respon Trump, “Perisikan saya salah” dan sebaliknya tanya siapa dalam national intelligence AS yang berkata demikian. Apabila wartawan jawab “your director of intelligence Tulsi Gabbard“, sang presiden terus kata: “she is wrong“.

Siapa yang lantik Gabbard untuk memegang jawatan director of national intelligence? Trump. Setelah menolak penilaian Gabbard, si Trump berkata dia akan buat keputusan sama ada akan menyerang Iran dalam masa dua minggu. Dalam pada itu pegawai AS memaklumkan beberapa pesawat pengebom B-2 telah berlepas dari pangkalan di Missouri menuju ke arah barat merentasi Lautan Pasifik.

Trump buat keputusan serang dua hari selepas berkata akan buat keputusan dalam masa dua minggu. Dia mengarahkan tentera lancar serangan tanpa memaklumkan kepada Kongres seperti yang diwajibkan mengikut perundangan AS. Ini bukan sesuatu yang baharu. Trump sudah beberapa kali melanggar perlembagaan. Oh, perlu dinyatakan Trump pernah menggelar dirinya the president who stops wars not start it.

Dalam menyerang Iran, mungkin Trump mengikut jejak langkah George W Bush yang menyerang Iraq atas alasan mahu memusnahkan weapons of mass destruction yang katanya Iraq miliki. Akhirnya didapati tiada senjata yang dia kata Iraq ada namun ribuan jika tidak jutaan rakyat Iraq (ramai juga tentera AS) terbunuh dan negara musnah. Kesannya dirasai hingga ke hari ini.

Trump menyifatkan serangan ke atas Iran “detik bersejarah buat Amerika Syarikat, Israel dan dunia”. Dunia? Pada pandangan saya Trump mengheret dunia untuk menghalalkan apa yang dilakukannya seolah-olah seluruh dunia menyokong dan bersetuju serangan yang dia lancar.

Kata Trump: “the US and Israel worked as a team like perhaps no team has ever worked before“. Banyak lagi yang dia kata sambil memuji Israel yang tidak perlu saya ulangi, cuma menegaskan semua presiden AS akrab dengan Israel tetapi hanya Trump yang laung his love for Israel openly.

Sekarang Trump berkata Iran mesti bersetuju untuk menamatkan perang ini. Seluruh dunia tahu Israel yang memulakan serangan yakni 13 Jun lalu atas alasan yang Tel Aviv yakin benar. Iran serang balas tetapi disuruh hentikan berperang. Serangan Israel ke atas Gaza dikatakan ‘tindakan pertahankan diri’ berikutan serangan Hamas 7 Okt 2023.

Dalam mahu Iran hentikan perang Trump juga berkata ada “several other targets in Iran” merujuk apa yang dia sifatkan nuclear facilities setelah mendakwa serangan semalam berjaya memusnah program nuclear Iran.

Pada hemat saya dia mahu serang Iran lagi bersama Israel. Apa lagi dia dah kata dia mahu regime change terjadi di Iran. Israel pula pada masa sama terus membunuh ribuan rakyat Palestin di Gaza walaupun mereka sedang mencari sedikt makanan yang bekalannya disekat oleh Israel sendiri.

Dunia mengutuk dan menyelar AS dan Israel. Apa yang dunia boleh lakukan? Plenty. Apa yang dunia akan lakukan? Nothing.

 

Artikel ini ialah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.