
Bayangkan anda antara pegawai berjawatan tinggi di satu syarikat besar. Setelah sekian lama berkhidmat dengan cemerlang tiba-tiba jawatan anda dilucutkan oleh syarikat kerana anda dikatakan sudah kehilangan kepercayaan pengurusan dan majoriti kakitangan syarikat.
Namun anda tetap ada kumpulan kakitangan yang tetap setia kepada anda dan jumlahnya boleh tahan ramai. Mereka yakin anda lah orang yang boleh bawa syarikat ke tahap lebih tinggi. Ertinya anda masih berpengaruh.
Apa pun anda masih sayang akan syarikat yang anda sertai sejak awal penubuhannya. Itu sebabnya anda memilih kekal dan tidak mahu menubuhkan syarikat lain untuk bersaing dengan syarikat anda meskipun hati memang bengkak. Anda juga tidak mahu terima job offer daripada syarikat lain.
Lalu apa yang harus dilakukan? Adakah anda akan lupakan sengketa dan terus membantu syarikat untuk berkembang? Business as usual dengan melontar pelbagai idea dan strategi atas sifat sayangkan syarikat?
Namun mungkinkah anda akan berkata kepada diri sendiri buat apa aku yang mesti beri idea kerana bukan lagi kerja aku. Ini adalah tugas orang yang menggantikan aku dan pasukannya. Dia lah orang yang kena fikir macam mana nak ukir kecemerlangan untuk syarikat.
It’s in your best interest kalau pasukan yang gantikan anda tidak berjaya. Barulah mereka serta keseluruhan syarikat akan sedar mereka tidak mampu tampilkan idea untuk berjaya, barulah mereka akan rasa kehilangan anda. Oleh itu mungkinkah anda pilih untuk duduk diam-diam sambil memerhati urusan dan perancangan pihak pengurusan baharu yang diterajui pegawai yang mengambil alih daripada anda? Ertinya anda mengambil sikap ‘biaq pi, lantak depalah nak buat apa’ — bak kata orang utara. Maksudnya anda will not lift a finger to help sambil wish the new team all the best.
Dalam scenario ini ditakdirkan syarikat mencipta kecemerlangan dengan taktik dan strategi yang dirancang pengurusan baharu, akan berkatalah umum bahawa tanpa anda pun syarikat boleh berjaya. Your absence will not be felt. Sekali lagi ditegaskan hanya jika syarikat gagal sumbangan anda dulu akan dirasai, tetapi seperti dikata tadi anda masih sayangkan syarikat dan tidak mahu ia tumbang.
Apa yang dicatat ini ialah rekaan berdasarkan imaginasi saya. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa sama ada yang hidup atau yang sudah meninggal dunia. Bagaimanapun bolehkah andaian itu digunakan untuk merujuk keadaan PKR sekarang dan Rafizi Ramli now that he is no more timbalan presiden parti mahu pun menteri?
Tidak perlu jadi political scientist untuk tahu keadaan PKR dewasa ini.
Jangkaan (atau harapan?) Presiden Anwar Ibrahim tidak menjadi kenyataan. Imbau kembali apa kata beliau 19 Mei lalu yakni empat hari sebelum pemilihan PKR. “Sesetengah persaingan itu sengit betul macam nak runtuh gunung gunung, tetapi selesai patut bersatu semula dan kita maaf bermaafan balik.”
Saya tak tahu sama ada gunung-gunung dah runtuh tetapi Hiruk masih hiruk-pikuk. Anda tahu apa maksud saya. Kesimpulannya PKR tidak aman sekarang.
Saya tidak fikir Rafizi dan timnya akan berkempen untuk parti apabila apa-apa pilihan raya diadakan kelak. Dalam pada itu beliau akan mengkritik dan menegur PKR sekali gus kerajaan Madani. Kritikan keras sudah beliau lemparkan semasa berkempen pertandingan jawatan timbalan presiden Mei lalu. Selepas pertandingan ada lagi kritikan. Jumaat lalu Rafizi memulakan podcast beliau yang diberi nama ‘Yang Berhenti Menteri’. Walaupun episod pertama agak tame by Rafizi’s standards, pasti episod seterusnya akan ‘membakar’ seperti yang beliau janjikan.
Saya setuju dengan bacaan Khairy Jamaluddin mengenai langkah Rafizi moving forward, yang disuarakan menerusi podcast Keluar Sekejap. Kata KJ, perlu diakui Rafizi seorang mobiliser yang agak hebat. Ertinya beliau mampu menggerakkan massa.
“Dia pernah mobilise gerakan yang tidak menggunakan jentera rasmi parti Keadilan. Contoh Invoke dan Ayuh Malaysia. Walaupun libatkan ahli-ahli Keadilan tetapi nampak macam something else yang detach daripada Keadilan. Ia jadi the Rafizi Ramli show,” kata Khairy.
Berdasarkan itu Khairy menjangka Rafizi akan cetuskan satu gerakan massa melibatkan penyokongnya dalam parti dan golongan atas pagar yang sokong beliau “yang boleh menjadi wadah yang boleh reverse takeover PKR pada suatu hari nanti”.
Reverse takeover atau pengambilalihan berbalik biasa dilakukan dalam dunia perniagaan di mana the acquisition of a public listed company by a private company can bypass the lengthy and complex process of going public. Maka berpandu apa yang dikatakan Khairy, gerakan massa akan membolehkan Rafizi mengambil alih PKR tanpa pemilihan parti diadakan, atau sekurang-kurang mencuba. Seakan rampasan kuasa secara licik.
Cabaran untuk Nurul Izzah Anwar selaku timbalan presiden PKR, kata Khairy, ialah untuk “memastikan bahawa Keadilan sudah mencukupi. You don’t have to have this guerilla movement. PKR yang ada sudah cukup”.
Cabaran besar yang perlu digalas Izzah. Dalam pada itu ramai penganalisis dan pemerhati politik menjangka Izzah akan jadi suara untuk partinya push for reforms. Kata Khairy pula Izzah kena berhati-hati kerana Rafizi juga akan buat yang sama dan ini boleh pula wujudkan situasi parti dalam parti.
PKR sudah menempuh dan berjaya mengatasi pelbagai cabaran besar sejak ditubuhkan 22 tahun lalu. Hampir semua cabaran membabitkan ancaman luaran. Kali ini the threat is within. Sama ada jangkaan KJ tadi tepat atau tersasar — banyak yang mesti dilakukan oleh kepimpinan PKR.
Artikel ini ialah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.