Keislaman 7000 angkara silap daftar, dipaksa atau pilihan?

Keislaman 7000 angkara silap daftar, dipaksa atau pilihan?

Semak dan selidik dengan lebih terperinci apakah mereka yang ingin menjalani kehidupan mereka sebegitu ataupun dipaksa?

mualaf

Oleh Sabarudin Abdul Rahman melalui emel

Masyarakat Islam ialah masyarakat bersifat antarabangsa yang terbuka kepada setiap umat manusia. Masyarakat yang menjamin kebebasan berakidah, melindungi orang-orang bukan Islam, dan dianjurkan untuk berurusan baik dengan mereka. Tiada paksaan dan tiada ugutan untuk menganut agama yang suci ini.

Dasar paling utama didalam kehidupan kita adalah iman, maka iman akan menjadi indikator kepada perubahan seseorang, keluarga dan masyarakat. Selaras dengan firman Allah SWT dalam surah Ar-Rad :11

“Sesungguhnya, Allah tidak mengubah apa-apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri”.

Ia jelas menerangkan bahawa jika mereka mengamalkan budaya Hindu maka mereka mengubah hidup mereka sendiri dan tidak ada orang yang memaksa mereka untuk menjalani kehidupan sebegitu. Islam mengemukakan prinsip-prinsip yang murni seperti prinsip kemerdekaan, bermusyawarah, kesatuan dan keamanan, keadilan, takaful, kasih sayang, dan kekuatan peribadi adalah prinsip paling utama dalam kehidupan bermasyarakat.

Namun jika benar 7000 orang berada dalam dilema kerana dokumen rasmi agama mereka adalah Islam, maka semak dan selidik dengan lebih terperinci apakah mereka yang ingin menjalani kehidupan mereka sebegitu ataupun dipaksa? Pastikan angka yang dinyatakan itu adalah benar dan sahih terlebih dahulu. Manusia pada masa kini lebih jahil dan semakin kembali ke zaman jahiliyah.

Pada pandangan kami, perkara yang dibangkitkan oleh pihak Presiden Hindu Sangam Malaysia adalah persepsi semata-mata. Pada masa kini ramai yang kurang memahami dan mengambil serius berkenaan kehidupan menuju akhirat. Disebabkan itulah, kehidupan mereka kian tergelincir daripada landasan yang benar. Maka kami mengesyorkan agar pihak Mohan Shan mendapatkan maklumat yang tepat serta membawa mereka yang dikatakan tersilap daftar sebagai Islam kepada KDN (Kementerian Dalam Negeri) semula untuk memperbetulkan semula kesilapan yang dilakukan.

Islam tidak memaksa,

Islam juga tidak menghalang,

Islam itu mudah,

Dan Islam memberi rahmat bagi sekalian alam.

Sabarudin Abdul Rahman adalah pembaca FMT. 

Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.