
Beliau pernah ditawarkan peluang bertanding sebagai calon Pakatan Harapan kerana dilihat berkrisis dengan Umno selepas didesak melepaskan jawatan menteri besar pada 2014 dan digantikan Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Dua lagi adun, Ghazali Taib dan Roslee Daud yang keluar BN dan kembali ke pangkuan parti itu semula, turut dicalonkan untuk mempertahankan DUN Ajil serta Bukit Besi.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan terus bertanding di kerusi Parlimen Besut serta Kemaman.
Menteri Besar Terengganu, Razif pula akan terus mempertahankan DUN Seberang Takir pada 9 Mei ini.
Razif turut mengumumkan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Marang, Mohamad Nor Endot yang berkelulusan SPM akan mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyandang kerusi Parlimen itu selama 5 penggal, iaitu pada 1990, 1995, 1999, 2008 dan 2013.
Pengumuman senarai calon BN Terengganu pada hari ini turut menyaksikan 16 daripada 17 adunnya dan hanya 2 daripada 4 ahli Parlimen yang memenangi PRU lepas dikekalkan.
Dua ahli Parlimen yang digugurkan adalah Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari di kerusi Hulu Terengganu dan Mohamad Zulkifli Jusoh di Setiu.
BN sebaliknya mencalonkan Datuk Rosol Wahid untuk kerusi Hulu Terengganu, manakala penyandang DUN Permaisuri, Datuk Jidin Shafee beralih ke Parlimen Setiu.
Bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu, BN mempertaruhkan bekas setiausaha kerajaan negeri Terengganu, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail untuk menentang calon PAS, Ahmad Amzad Mohamad dan calon Amanah, Datuk Raja Kamarul Bahrin.
Pakar motivasi yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Tengku Asmadi Tengku Mohamad pula akan mencabar Datuk Khairuddin Aman Razali daripada PAS di kerusi Parlimen Kuala Nerus.
Pada PRU13, BN memenangi 17 kerusi DUN, PAS 14 dan PKR 1, manakala masing-masing 4 kerusi Parlimen dimenangi BN dan PAS.
Berikut senarai calon BN Terengganu di 8 kerusi Parlimen:
Besut – Datuk Seri Idris Jusoh
Setiu – Datuk Mohd Jidin Shafee
Kuala Nerus – Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Kuala Terengganu – Datuk Wan Nawawi Wan Ismail
Marang – Mohd Noor Endut
Hulu Terengganu – Datuk Rosol Wahid
Dungun – Datuk Din Adam
Kemaman – Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Senarai calon BN Terengganu untuk 32 kerusi DUN:
Kuala Besut – Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman
Kota Putera – Mahadi Musa
Jertih – Datuk Muhamad Pehimi Yusof
Hulu Besut – Nawi Mohamad
Jabi – Mohd Iskandar Jaafar
Permaisuri – Datuk Abd Halim Jusoh
Langkap – Datuk Sabri Mohd Noor
Batu Rakit – Bazlan Abd Rahman
Tepoh – Datuk Basir Ismail
Buloh Gading (dahulu Teluk Pasu) – Che Mansor Salleh
Seberang Takir – Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman
Bukit Tunggal – Tuan Arif Sahibu Fadilah Tuan Ahmad
Wakaf Mempelam – Salleh Othman
Bandar – Toh Seng Cheng (MCA)
Ladang – Datuk Mohd Sabri Alwi
Batu Burok – Zamri Awang Hitam
Alor Limbat – Datuk Saiful Bahri Baharudin
Bukit Payong – Toh Puan Zaitun Mat Amin
Rhu Rendang – Datuk Nik Dir Nik Wan Ku
Pengkalan Berangan – A Latiff Awang
Telemong – Datuk Rozi Mamat
Manir – Yusof Awang Hitam
Kuala Berang – Datuk Tengku Putera Tengku Awang
Ajil – Ghazali Taib
Bukit Besi – Roslee Daud
Rantau Abang – Wan Zaukfli Wan Gati
Sura – Datuk Zainun Abu Bakar
Paka – Tg Hamzah Tg Deraman
Kemasik – Rosli Othman
Kijal – Datuk Seri Ahmad Said
Chukai – Datuk Mohamed Awang Tera
Air Puteh – Wan Hakim Tan Sri Wan Mokhtar
Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14