
PADANG SERAI: Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Sanusi Nor yakin gabungan itu mampu menang tidak kurang 33 kerusi DUN di Kedah.
Katanya, keyakinan itu berdasarkan sokongan kepada PN yang ditunjukkan sepanjang tempoh kempen.
“Boleh menang 33 DUN,” katanya selepas menghadiri ceramah “Grand Finale” sembang santai bersama Sanusi di Padang Awam Tunku Putra, Kelang Lama, Lunas.