
PETALING JAYA: Penganalisis berpendapat nasib parti bertanding dalam PRN enam negeri esok banyak bergantung kepada sokongan pengundi muda.
Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Syaza Farhana Mhamad Shukri berkata, kebanyakan pengundi muda masih di atas pagar dan tidak memiliki kesetiaan kepada mana-mana parti seperti generasi lama.
“Bagi saya, pengundi muda amat penting sebab mereka ini kebanyakan masih di atas pagar jika dibandingkan dengan generasi lama. Jadi, memang betul mereka akan jadi penentu keputusan (PRN),” katanya kepada FMT.