
KULIM: Ahli Parlimen Permatang Pauh Fawwaz Mohamad Jan menjangkakan sekiranya PH-BN gagal menang di DUN Seberang Jaya, Penanti dan Permatang Pasir, legasi Anwar Ibrahim akan terus terkubur di Permatang Pauh.
Katanya, Anwar kini berhempas pulas memastikan gabungan perpaduan memenangi ketiga-tiga DUN bawah kawasan Parlimen itu.
“Kalau esok PH, BN kalah di DUN Seberang Jaya, Penanti dan Permatang Pasir, ia akan memberi isyarat legasi Anwar terkubur terus di Permatang Pauh,” katanya ketika berucap pada Grand Finale Sembang Santai bersama Menteri Besar Kedah di Padang Awam Tunku Putra, Kulim.