Dikaitkan dakwaan rasuah RM15 juta, Hamzah hantar surat tuntutan

Dikaitkan dakwaan rasuah RM15 juta, Hamzah hantar surat tuntutan

Surat tuntutan itu akan dihantar kepada kerajaan dan SPRM kerana mengaitkan beliau dengan kes rasuah membabitkan seorang ahli perniagaan.

SHAH ALAM:
Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Hamzah Zainudin akan menghantar surat tuntutan kepada kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini susulan dakwaan dikaitkan dengan kes rasuah RM15 juta membabitkan seorang ahli perniagaan.

“Saya sudah jumpa peguam saya, insya Allah surat itu akan dihantar esok (hari ini),” katanya selepas menghadiri program “Pentas Setiausaha Agung PN” di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, Hamzah tidak mengulas lanjut berhubung tuntutan itu.

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.