
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mengumumkan cuti peristiwa pada 14 Ogos sekiranya gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional menang pada PRN esok.
“Sekiranya gabungan perpaduan menang dan membentuk kerajaan, kita setuju cuti peristiwa pada 14 ogos iaitu Isnin ini,” katanya menerusi amanat khas yang disiarkan di Facebook.