
BALIK PULAU: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menolak satu tinjauan pendapat yang mendakwa beliau hanya mendapat 24% sokongan orang Melayu.
Kajian oleh Ilham Centre yang berlangsung pada 11 hingga 27 Julai itu menganalisis maklum balas 2,416 responden di enam negeri yang melaksanakan PRN esok.
“Saya tidak bersetuju. Ia satu analisis yang cacat, mungkin mereka (Ilham Centre) mengambil data di Kelantan dan membandingkan di Selangor. Di banyak lagi negeri, prestasi kita (kerajaan perpaduan) sangat baik,” katanya kepada wartawan.